---------
Apa yang saya boleh katakan, masalah yang ada alami itu mungkin jerawat pada kulit buah zakar. Seperti jerawat di muka, kejadiannya hampir sama.
Di bawah lapisan kulit manusia terdapat kelenjarkelenjar sebum(minyak). Kelenjar sebum ini berfungsi untuk menghasilkan cecair dipanggil sebum yang berminyak untuk mengelak kulit dari jangkitan kuman. Masalahnya, kadangkala kelenjar sebum ini tersumbat dan isi seperti nasi itu terbentuk. Jangkitan kuman hanya memburukkan lagi keadaan.
Kebanyakan jerawat ini terjadi di muka atau di belakang badan kerana ia lebih terdedah pada matahari. Bagaimanapun, ada juga jerawat ini timbul di kulit buah zakar.
Kadangkala ia boleh juga membesar dan memerlukan pembedahan kecil bagi membuangnya. Namun, oleh kerana jerawat bukannya barah kulit anda tidak perlu risau. Kebersihan di bahagian alat sulit adalah penting bagi mencegah daripada ia terjadi.
Dr Suhaimi Isa
Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan










{ 1 Komen... read them below or add one }
Jika anda telah disahkan mempunyai fibroid,cyst dan dinasihatkan membuat pembedahan..makanlah SALAMON selama 1-2 minggu. Selepas itu buatlah pemeriksaan semula di klinik.
3/09/2012 8:55 AM
Catat Ulasan