Panduan Menjaga Kesihatan Zakar dan Faraj

Menjaga kesihatan alat kelamin adakalanya perlu perawatan yang khusus, dibandingkan yang lainnya. Selain lokasinya yang tidak dapat dilihat secara langsung sehingga pengamatannya lebih susah, perawatannya tetap harus dilakukan dan berikut ini mengenai tips merawat alat kelamin, baik lelaki atau wanita.

Lelaki dan wanita memiliki alat kelamin yang berbeza termasuk bentuk, struktur kegunaan dan fungsinya. Dan tentu saja perawatannya juga berbeza. Vagina @ faraj yang dimiliki oleh wanita mudah terkena infeksi (jangkitan) dan iritasi (keradangan), berbeza dengan penis @ zakar yang dimiliki oleh lelaki kerana sebahagian besar kulit zakar cukup tebal sehingga lebih tahan terhadap iritasi dan infeksi.

Didalam merawatnya seringkali salah, seperti contoh, wanita sering membersihkan alat kelaminnya menggunakan sabun biasa atau cairan pembersih yang tidak jelas komposisi kandungannya, atau menaburi bedak, bahkan menyembur parfum di dalam faraj. Bagi lelaki juga misalnya menggunakan seluar dalam yang ketat, ianya dapat menimbulkan permasalahan lainnya.

Beberapa tips merawat alat kelamin kita;

1. Setelah buang air kecil atau besar

Usahakan untuk selalu mencuci bahagian luar alat kelamin dengan air dan sabun. Untuk wanita, siramlah dengan air dengan arah depan ke belakang dan bukan sebaliknya. Ini untuk mencegah masuknya kuman dari dubur ke vagina / faraj. Untuk lelaki, cukup hanya membersihkan dengan air bersih.

2. Kebersihan pakaian dalam

Sepatutnya dalam sehari, minimal mengganti pakaian dalam sebanyak dua kali untuk menjaga kebersihan. Selain itu pilihlah bahan seluar dalam yang dapat mudah menyerap peluh, kerana jika tidak, kulat boleh menempel di alat kelamin. Hindari untuk saling bertukar pakaian dalam dengan orang lain walaupun dengan keluarga sendiri, kerana setiap orang memiliki kondisi kelamin yang berbeza.

3. Menggunakan tandas awam

Siramlah (flush) sebelum menggunakan, ini untuk mencegah penularan jika ada pengguna lainnya menderita penyakit kelamin. Sebaiknya gunakan selalu air yang keluar melalui paip atau tisu dan hindari penggunaan dari baldi, kerana menurut penelitian air yang tergenang di tandas awam mengandungi 70% kulat candida albicans (penyebab keputihan dan rasa gatal pada faraj).

4. Merawat bulu / rambut yang tumbuh di sekitar alat kelamin

Hindari membersihkan bulu di daerah kemaluan dengan cara mencabut kerana akan ada lubang pada bekas bulu kemaluan tersebut dan menjadi jalan masuk bakteria, kuman, dan kulat. Selanjutnya dapat menimbulkan iritasi dan penyakit kulit. Rawatan bulu itu disarankan untuk dirapikan saja dengan memendekkan, dengan gunting atau dicukur tetapi sebelumnya menggunakan sabun buku terlebih dahulu dan menggunakan alat cukur khusus yang lembut, dan sudah dibersihkan dengan sabun dan air panas. Perlu diketahui setelah menggunakannya, simpan dalam tempat yang bersih dan kering, jangan di tempat yang lembab dan jangan menggunakannya secara bergantian walaupun dengan suami / isteri.

Rambut-rambut tersebut berfungsi untuk kesihatan alat kelamin, iaitu berguna untuk merangsang pertumbuhan bakteria baik yang melawan bakteria jahat serta menghalang masuknya benda asing kecil ke dalam vagina / faraj, menjaga alat kelamin tetap hangat dan merupakan bantalan ketika membuat hubungan seksual dan melindungi dari gesekan. Sehingga perlu rajin menjaganya agar tidak menjadi sarang kutu dan kulat.

5. Pemakaian pantyliner (napkin)

Pemakaian pantyliner tidak dianjurkan digunakan setiap hari, sebaiknya Pantyliner hanya digunakan ketika keputihan. Akan lebih baik jika membawa seluar dalam pengganti daripada menggunakan pantyliner setiap hari.

6. Hindari menggunakan seluar dalam dan seluar jeans yang sangat ketat

Memakai seluar dalam dan seluar jeans yang terlalu ketat di celah kangkang dapat menyebabkan kulit susah untuk bernafas dan akhirnya dapat menyebabkan daerah tersebut berkeringat, lembab, mudah terkena kulat dan teriritasi. Pemakaian seluar ketat bagi lelaki dapat membuat peredaran darah yang tidak lancar dan membuat penis / zakar serta testis dalam keadaan panas. Panas yang berlebihan oleh suhu, keringat dan pakaian yang terlalu ketat, dapat menurunkan kualiti sperma.

7. Hindari untuk menyembur minyak wangi / parfum ke dalam faraj.8. Setia pada pasangan sendiri

Ini juga merupakan salah satu tips menjaga dan merawat alat kelamin, hindari untuk mencari pasangan luar atau curang.

9. Jangan malas mengganti pembalut

Bagi para wanita yang sedang menstruasi / haid, jangan malas mengganti pembalut kerana ketika menstruasi kuman-kuman mudah untuk masuk dan pembalut yang telah ada gumpalan darah merupakan tempat berkembangnya kulat dan bakteria. Usahakan untuk mengganti setiap 4 jam sekali, 2-3 kali sehari atau ketika merasa tidak selesa. Jangan lupa bersihkan faraj sebelumnya ketika mengganti pembalut.

10. Pemeriksaan rutin

Usahakan untuk selalu melakukan pemeriksaan rutin pada alat kelamin;

* Bagi lelaki, pemeriksaan testis (buah zakar) dapat dilakukan sendiri, dengan cara:

- Kenali ukuran, bentuk, serta berat masing-masing testis.- Dengan menggunakan kedua belah tangan, raba testis masing-masing.- Waspada jika ada benjolan kecil di bawah kulit, di bahagian depan atau sepanjang testis. Jika ada benjolan atau pembengkakan, segera membuat pemeriksaan doktor.- Jika terdapat sesuatu yang tidak seperti biasanya dan tidak terasa selesa, segera dapatkan nasihat doktor juga.- Jika ada perubahan warna, kadang disertai bau yang kurang sedap dan gatal-gatal pada alat kelamin, segera dapatkan nasihat doktor



Ranking: 5

{ 0 Komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© Kamar Suami Isteri | All Rights Reserved