Hangatkan Kembali Seks Di Ranjang

Menghangatkan kembali hubungan suami isteri

Perkahwinan bukan sekadar seks dan percintaan sahaja. Ia membawa maksud yang sangat meluas. Bila anda mengucap janji untuk setia sehidup semati mengharungi susah senang bersama bukanlah sekadar ungkapan di bibir sahaja, seluruh jiwa raga akan turut memikul amanah yang bukan calang-calang saiznya.

Tahun pertama perkahwinan memang indah apabila anda dan pasangan masih mempunyai banyak masa romantis bersama. Sesekali berpelukan menghadiahkan ciuman pada waktu yang tidak disangka-sangka memang satu perkara yang amat indah terutama bagi si isteri. Tetapi apabila usia perkahwinan mencecah lima tahun ke atas, suami mungkin tidak lagi melakukan perkara yang biasa dilakukan terhadap anda dahulu. Dalam erti kata yang lebih mudah, suasana hangat di awal perkahwinan bertukar menjadi suram seiring pertambahan usia rumah tangga yang dibina. Lebih teruk apabila anda dan pasangan kini seakan orang asing dan hanya berbual apabila ada perkara penting sahaja.

Rumah tangga yang suram, anak-anak semakin membesar dan terikat dengan kerja yang semakin membebankan pasti membuatkan anda tidak lagi memberi keutamaan kepada pasangan. Jika perkara tersebut berlarutan lama kelamaan perasaan cinta semakin hilang dan yang tinggal hanyalah rasa tanggung jawab dan hormat antara satu sama lain.

Antara formula yang ditemukan oleh para pakar psikologi perkahwinan bagi 'merawat' perhubungan yang mula hambar ialah dengan dating. Temu janji atau dating ini tidak bermakna anda dan pasangan pergi ke tempat atau restoran sama yang pernah anda berdua kunjungi. Kunjungan ke tempat lama hanya akan memberikan impak kurang baik kepada hubungan yang telah sedia goyah.

Sebaiknya pasangan disarankan mencuba ke tempat baru serta aktiviti baru yang boleh membangkitkan satu perasaan teruja terhadap kedua-duanya. Bila satu aktiviti baru dilakukan bersama, kegembiraan tersebut secara tidak langsung memberikan nilai positif terhadap perhubungan.

Situasi sebenar seorang isteri...

Contohnya, pernahkah anda sebagai isteri sesekali terfikir akan perkara seperti di bawah:
"....Memang saya masih sayangkan dia, sesekali kami makan berdua di restoran, menonton wayang dan jika bersembang, topik yang menjadi perbincangan ialah tentang anak-anak. Tetapi selepas usia perkahwinan kami mencecah 10 tahun perbualan kami semakin terhad, kami hanya bercakap tentang perkara yang penting dan tiada lagi gurau senda atau gelak ketawa. Adakalanya saya terfikir, bila kami semakin tua mungkinkah kami akan semakin senyap"...

Situasi di atas memang banyak dialami oleh kebanyakan pasangan suami isteri. Memang sampai satu peringkat dalam perkahwinan, suami isteri tidak lagi banyak berkomunikasi seperti dahulu. Tetapi dengan merancang satu pertemuan istimewa pasti akan ada perkara baru yang anda berdua bicarakan.

Biarkan kimia dopamin terhasil sekali lagi

Jadi apa salahnya mencuba. Antara cadangan yang diberikan ialah seperti di bawah;

1. Selalu sangat anda menonton wayang dengan dia terutama ketika berpacaran dahulu, kali ini apa kata berubah dengan mengajak pasangan ke persembahan teater, tentu banyak perkara yang baru yang boleh disembangkan. Jika teater yang ditonton begitu romantis dan sentimental, tidak salah jika anda berpegangan tangan, tetapi jika sekali pun persembahan teater itu tidak menarik anda dan pasangan boleh sama-sama mengutuk persembahan tersebut, tentu suasana hambar mula berubah.

2. Cuba ajak pasangan anda berjalan ke satu kawasan perumahan yang anda idamkan. Cuba bayangkan bahawa anda dan keluarga akan mendiami kawasan tersebut dan menghadapi kehidupan yang sempurna dan tenang. Walaupun ia belum berlaku, pasti mood anda dan pasangan akan terangsang kerana membayangkan sesuatu yang seronok dan sempurna untuk kehidupan anda sekeluarga terutama selepas bersara kelak.

3. Jangan kata usia kita menjadi penghalang untuk kita berhibur di taman tema. Apabila mula bercinta, otak mengeluarkan sejenis kimia yang dipanggil dopamin, hormon tersebut membuatkan manusia berasa gembira. Apabila melakukan sesuatu yang mencabar dan tambahan pula ia satu perkara yang baru bagi anda dan pasangan dopamin akan terhasil sekali lagi sekali gus membuatkan kamu berdua merasai perasan gembira tersebut bersama-sama.

Justeru apa salahnya jika anda dan pasangan mencuba menaiki roller coaster yang mencabar di mana-mana taman tema yang terdapat di negara ini. Walaupun anda atau suami jenis yang kecut perut dengan roller coaster, tidak salah mencuba bukan? Bila sama-sama menjerit, tangan anda akan berpaut pada satu sama lain pasti cinta akan bersemarak semula.

Tiga idea yang dicadangkan di atas mungkin menjadi 'pemecah tembok' bagi anda untuk merancang sesuatu yang baru dalam perhubungan anda suami isteri. Banyak lagi yang boleh dilakukan semuanya bergantung kepada diri anda untuk berubah atau tidak. Namun dalam usaha anda untuk melakukan sesuatu jangan pula dijadikan alasan untuk anda berdua bergaduh, sebaiknya pastikan juga keperluan lain seperti kewangan yang stabil, anak-anak semuanya berada dalam tahap yang memuaskan. Ingat tepuk dada tanya selera.


Kamasutra Bergambar Melayu, sila klik sini


Pancutkan Isteri Anda. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Seni Ciuman. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Malam Pertama. Keterangan lanjut, sila klik sini.
Tag :

Teknik Mengawal Ejakulasi

Teknik Mengawal Ejakulasi

Teknik ini dibahagikan kepada 2 kaedah utama:
1) Teknik pernafasan
2) Kawalan tenaga dalaman -
i . Kawalan peredaran darah
ii. Kawalan minda

Kaedah-kaedah di atas hendaklah digabungkan ketika menusuk zakar ke dalam faraj. Semasa 2 minit pertama anda menusuk zakar ke dalam faraj merupakan tempoh masa yang paling mudah bagi zakar memancutkan air mani kerana dalam tempoh ini zakar belum begitu serasi dengan dinding faraj. Ini menyebabkan tahap sensitiviti dan kenyiluan pada kepala dan batang zakar begitu tinggi. Ini merupakan punca utama mengapa ramai lelaki terpancut air mani terlalu awal.

Untuk mengatasi tempoh kenyiluan yang tinggi ini, kaedah kawalan minda digunakan untuk mengatasi masalah ini. Dengan kaedah ini, anda perlu menumpukan sepenuh perhatian anda kepada deria rasa di kepala dan batang zakar. Sekiranya terdapat sedikit rasa nyilu pada zakar, dengan cepat anda perlu menarik keluar zakar daripada faraj. Langkah ini perlu untuk menghilangkan rasa nyilu pada zakar.

Selepas menarik keluar zakar daripada faraj, pegang bahagian pangkal zakar dengan menggunakan tangan. Ibu jari hendaklah mencengkam urat di bahagian atas pangkal zakar. Jari telunjuk dan 2 jari lagi mencengkam urat di bahagian bawah pangkal zakar. Semasa kaedah ini dilakukan, tarik nafas dengan panjang, tahan nafas lebih kurang 2 saat dan kemudian hembuskan nafas dengan panjang. Ulang kaedah menarik dan menghembus nafas sebanyak 2 kali sehinga rasa nyilu pada zakar hilang. Semasa anda menarik dan menghembus nafas, pastikan jari anda sentiasa memegang pangkal zakar.

Setelah rasa nyilu hilang, tusukkan lagi zakar ke dalam faraj. Setiap kali tusukan, minda anda hendaklah sentiasa mengawasi deria rasa di kepala dan batang zakar. Jika terdapat rasa nyilu, tarik zakar keluar dengan cepat dan lakukan kaedah mencengkam pangkal zakar dan kaedah penarikan dan penghembusan nafas. Kesemua langkah perlu diulang setiap kali rasa nyilu dirasai pada zakar.

Dengan mengamal kaedah ini, anda dapat mengurangkan rasa nyilu dan menambah ketegangan pada zakar, seterusnya melambatkan ejakulasi daripada berlaku. Penerangan saintifik mengapa anda perlu menarik & menghembus nafas untuk mengurangkan kenyiluan zakar ialah dengan cara menarik nafas, darah-darah yang kurang oksigen akan ditarik keluar daripada zakar ke jantung.

Dengan menghembus nafas pula, darah yang kaya dengan oksigen akan dipam oleh jantung ke tisu-tisu zakar. Ini membolehkan tisu-tisu zakar mengembang dengan baik dan mengekalkan ketegangan seterusnya menghilangkan rasa nyilu. Kaedah mencengkam urat di pangkal zakar pula dapat melambatkan air mani daripada masuk ke dalam uretra (saluran kencing) dan mengelakan air mani daripada terpancut awal.

Untuk mengurangkan lagi rasa nyilu, semasa menarik dan menghembus nafas, anda perlu berada dalam keadaan rileks. Bawa pemikiran anda ke satu tempat lain selain daripada seks, seperti bayangkan anda sedang berjogging atau bermain bola. Dengan mengalih pemikiran ini, anda dapat mengurangkan rasa nyilu pada zakar.

Setelah anda menusuk zakar ke dalam faraj lebih daripada 5 minit, anda dapati zakar anda menjadi lebih serasi dan tahan dengan kemutan dinding faraj. Sekiranya anda berusaha mempelajari dan mengamalkan kesemua kaedah yang diterangkan dengan gigih, anda mampu menahan ejakulasi selama 30 hingga 40 minit dalam masa 2 minggu.


Kamasutra Bergambar Melayu, sila klik sini


Petua Seks Hebat, sila klik sini.


Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.
Tag :

Yang Paling Ditakuti Lelaki Ketika Di Ranjang

Yang Paling Ditakuti Lelaki Ketika Di Ranjang

Jejaka idaman anda kelihatan tampan, bertubuh sempurna dan sukses dalam kariernya. Meskipun nampak sempurna secara zahirnya, namun tahukah anda bahawa kebanyakan lelaki memiliki ketakutan yang mereka sembunyikan. Hmm…pastinya yang berkait rapat dengan seksual.

Ingin tahu apa dia masalah utama dan jalan penyelesaiannya, cuba ikuti saranan berikut:

Masalah 1:
Biasanya mereka cukup takut mengalami impotens (tidak mampu beraksi baik ketika bersama pasangan masing-masing). Jika terjadi juga, ia seolah-olah mencabar kelakian mereka. Bagaimanapun tahukah anda, ia juga boleh berlaku apabila mereka kerap memikirkannya.

Penyelesaiannya:
Jika pasangan anda salah seorang darinya, jangan melulu menuduhnya dengan kata-kata yang mengguris hati. Apatah lagi mencadangkan dia membeli alat bantuan seksual. Sebaliknya dorong dia agar dia lebih positif seyiap kali bersama, supaya dia tidak terlalu memikirkan sama ada dia mampu mempamerkan aksi terbaik atau tidak.

Masalah 2:
Takut tidak dapat memuaskan hati isteri, atas alasan “wanita selalu tidak pernah puas” merupakan hal yang selalu menghantui minda mereka. Walhal ia sama sekali tiada kena mengena dalam hubungan seksual setiap pasangan kerana paling penting, belajar menerima kenyataan bahawa kalian sebenarnya saling memerlukan.

Penyelesaiannya:
Umum mengetahui setiap lelaki menyenangi pujian dari pihak isteri, atas usahanya. Jadi, apapun usaha yang telah dilakukannya untuk anda katakana bahawa anda senang dengannya. Percayalah, pujian dari anda akan membuat dirinya terasa hebat di dunia!

Masalah 3:
Ada lelaki lebih rela berkepala botak dan memiliki perut buncit daripada menerima keluhan pasangannya bahawa ‘Mr Happynya’ berukuran ‘S’. Kononnya juga wanita lebih menyukai yang berukuran ‘XL’. Ini membuatkan mereka obsess ketika bersama.

Penyelesaiannya:
Jika dia memaksa supaya anda memberikan pendapat akan ukuran ‘barang miliknya’, berilah jawapan terbaik namun jangan sampai dia tersinggung pula. Tidak salah jika anda berkata “saya bangga dengan apa yang awak miliki”. Sekurang-kurangnya jawapan anda membuatkan dia percaya dirinya, tidak seperti yang disangka.

Masalah 4:
Ada yang berkata sesungguhnya perkara pertama paling ditakuti ialah ejakulasi diri. Kedua, cinta yang ditolak oleh wanita tercinta. Ia sering terjadi apabila seorang lelaki telah meningkat usianya sehingga menyebabkan dia mula memikirkan hal tidak sewajarnya. Psikologinya akan terus terganggu jika tidak segera diubati.

Penyelesaiannya:
Anda harus memainkan peranan utama dalam perkara ini agar dia, dapat keluar dari masalah yang membelenggu dirinya. Pengertian serta kata-kata perangsang dari anda cukup bermakna agar pulih kembali dari menganggap dirinya taida kemampuan. Membawanya bertemu pakar sakit tuan juga salah satu jalan penyelesaian terbaik. Ini kerana dia tentunya akan diberi penerangan sewajarnya yang dapat membantunya menghadap hari-hari mendatang.

Masalah 5:
Sering fikir apakah hubungan seksual yang dilakukan bersama pasangan adalah normal atau menyimpang dari sepatutnya. Walaupun pasangan tidak pernah merungut dan mengikut saja rentak anda, ia sentiasa mengganggu fikirannya. Terfikir juga untuk menanyakannya kepada pasangan tetapi takut…

Penyelesaiannya:
Jika anda merasakan dia dalam dilema, berterus-terang dengannya dan katakan, dari membuang masa memikir serta membandingkan aksi kalian dengan rakan-rakannya yang lain. Lebih baik merasakan sendiri apakah aktiviti tersebut menyakiti dirinya sendiri. Tidak pun buat anda, pasangan anda.

Kalau memang apa yang dia lakukan ternyata menyenangkan dua pihak, maka normal atau tidak, perlu dibuang jauh agar tidak mengganggu fikirannya. Jalanilah kehidupan bersama yang menyenangkan, tidak gitu?


Kamasutra Bergambar Melayu, sila klik sini


Petua Seks Hebat, sila klik sini.


Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Tag :

Rahsia Kekuatan Seks Lelaki Melalui Raut Wajah

Bagi kaum lelaki. keperkasaan diri ialah nilai yang tidak terperi.

Justeru, tidak hairanlah mereka akan melenting sekiranya tahap keperkasaan mereka dipersoalkan. Keadaan ini pastinya membuatkan kaum wanita terpaksa mengunci rapat mulut mereka demi menjaga hati pasangan.

Begitupun, bagi wanita yang ingin mengetahui keperkasaan dan spesifikasi seksual lelaki. anda kini boleh mengetahui rahsia tersebut kerana hanya dengan melihat bentuk wajah mereka segalanya pasti terbongkar.

1. Rambut terurai

Kaum lelaki yang berambut terurai adalah seorang individu yang suka berfikir dan artistik dalam hubungan percintaan dan seks. Mereka ialah individu yang serius dalam bercinta. Oleh itu, sekiranya mereka jatuh cinta, dia akan menyerahkan sepenuh cintanya pada wanita yang dicintainya.

2. Kening tebal seolah-olah bertemu di tengah

Lelaki ini digambarkan sebagai sulit untuk menemui keseimbangan dalam kehidupan seksualnya. Karakternya juga dilihat sering berubah-ubah di mana, dia boleh tiba-tiba menjadi terlalu aktif atau sebaliknya. Maka tidak hairanlah sekiranya mereka lebih cenderung pada wanita yang memilki wanita yang bersifat keibuaan yang mampu merawat dan memberi sepenuh perhatian pada mereka.

3. Kening melengkung ke atas

Lelaki yang memiliki fizikal kening seperti ini dikatakan memiliki karaketer dominan sewaktu diranjang. Sebolehnya, mereka ingin menguasai dan menawan pasangan.

4. Bermata besar

Lelaki bermata besar selalunya berfikiran terbuka. Ini berlaku sebaliknya pada mereka yang bermata kecil dan berambut kerinting kerana golongan ini memiliki keinginan seks yang tinggi.

5. Bertelinga dan berkening lebar

Memiliki tahap seksual yang tinggi serta mempunyai daya tahan yang tinggi sewaktu berhubungan. Ditambah pula dengan fesyen tanpa rambut, lelaki berkepala botak adalash seorang yang keras hati tetapi dalam masa yang sama, dia juga berhati lembut dalam sesetengah situasi.

6. Gemar mewarnakan rambut dan berbibir tipis

Golongan ini gemar mencari perhatian. Namu begitu, dalam masa yang sama dia jarang dapat memuaskan pasangannya sewaktu bersama meskipun ‘telah bekerja keras’.


Kamasutra Bergambar Melayu, sila klik sini


Petua Seks Hebat, sila klik sini.


Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.
Tag :

Baju Cinta Buat Suami Tersayang

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu dgn tanpa seurat benang pun di badannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata, "Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja nie nek!".. "Yg kau telanjang tu nape!!!???" marah si nenek.

"Ini la BAJU CINTA saya" balas si cucu perempuannya. "BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan. "Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek." pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. Fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur. Sesampainya di rumah, si nenek tadi terus menanggalkan semua pakaiannya, mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. Kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang.

Beberapa ketika si atok pon pulang. Sebaik saja pintu di buka, si atok mendapati si nenek berbogel kat depanpintu.... "Awat hang nie? Dah buang tebiat keeer???" marah si atok tadi. "Ini lah BAJU CINTA saya bang" kata si nenek tadi. "BAJU CINTA???...... Kok iyea pun..... IRON la dulu baju tuh!! nampak sangat kedutnyer....."

Kah! Kah! Kah!

Tag :

Gemuruh Seks Malam Pertama

Memang fobia apabila memikirkan mengenai seks malam pertama. Ia seolah-olah sesuatu yang paling mustahak untuk menentukan masa depan kedua-dua pasangan.

Hubungan seksual bukan satu pertarungan, apatah lagi sebagai penentu kehidupan. Ia adalah aspek fizikal hubungan kemesraan yang terjalin antara dua insan yang cukup mesra dan intim.

Melalui hubungan ini kedua dua insan itu dapat mencurahkan perasaan kasih sayang dan syahwat melalui sentuhan erotik yang akan memberikan mereka keyakinan kepada hubungan mereka.

Proses interaksi fizikal semula jadi iaitu lelaki akan terangsang apabila dia mula melakukan sentuhan fizikal kepada isteri. Seterusnya akan berlaku ereksi dan bersedia untuk meneruskan sentuhan yang lebih intim kepada pasangannya.


Rahsia Malam Pengantin. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Dalam masa yang sama isteri akan terangsang dengan sentuhan intim yang dilakukan kepadanya dan dia akan dapati anggota sulitnya mengembang dan mungkin bahagian antara bibir lembap yang menandakan hubungan penetratif seksual boleh dilakukan.

Isteri yang takut akan mendapati rasa terangsang tadi terbantut dan faraj menjadi kering. Keadaan ini dikenali sebagai mati putik malam pertama.

Jika hubungan penetratif dilakukan juga, isteri itu akan terasa sakit. Mungkin jika mahu teruskan juga, si suami boleh menggunakan jeli pelicin dan apabila isteri berasa selesa atau tidak sakit seperti yang dijangkakan, dia akan mula yakin dan tidak akan keberatan untuk melakukan hubungan seksual penetratif pada bila-bila masa.

Lelaki yang fobia kerana gementar atau akibat situasi yang berlaku yang mana pasangan isteri panik, akan juga mengalami kegagalan untuk mengekalkan ereksinya kerana dalam keadaan itu, homon adrenalin keluar dan merencatkan perjalanan darah ke dalam zakar. Maka dia akan mengalami mati pucuk sekunder atau mati pucuk malam pertama.

Jangan fikirkankan sangat perkara itu. Paling mustahak cuba berkerjasama.

~ Dr Ismail Thamby



Kamasutra Bergambar Melayu, sila klik sini


Pancutkan Isteri Anda. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Seni Ciuman. Keterangan lanjut, sila klik sini.
Tag :

Jangkitan Kulat - Kemaluan Berbau Busuk

Jangkitan Kulat Alat Sulit

Tidak kira lelaki atau wanita, ramai sanggup membelanjakan ratusan ringgit sebulan semata-mata untuk menjaga penampilan, termasuk daripada segi penjagaan wajah hingga kepada wangian dan pakaian membabitkan jenama mahal.

Perbuatan itu tidak salah dan digalakkan kerana bersih dan wangi bukan saja dapat meningkatkan tahap kita menjauhi virus dan penyakit, tetapi juga keyakinan diri seseorang.

Namun, penjagaan anggota kelamin sebenarnya juga penting dan perlu diberi perhatian kerana ramai antara kita sering terlupa dan lebih menjurus kepada penampilan luaran.

Saya menerima banyak soalan daripada lelaki dan wanita berkenaan senario kurang selesa akibat bau ‘kurang enak’ yang hadir daripada kemaluan pasangan mereka.



Buat pengetahuan semua, penjagaan anggota kelamin adalah penting, terutama bagi pasangan kelamin yang aktif dalam hubungan seksual.

Sebagai contoh, ada soalan dikemukakan seorang pembaca yang mengadu zakarnya seperti berkudis, menggelupas dan timbul seperti kulit kering setiap kali selepas bersetubuh.

Faraj isterinya pula kelihatan mengeluarkan keputihan dalam bentuk ketul-ketul kecil dan sering mengadu kepedihan di sekitar faraj setiap kali selepas bersetubuh.

Isterinya juga mengalami bintik kecil yang sangat gatal di sekitar paha sehingga ke mulut faraj selepas haid.

Dalam keadaan itu saya ingin mengingatkan, sebenarnya anggota sulit wanita mudah terdedah kepada kulat dan kuman berikutan ia terletak berdekatan dua lubang najis.

Sehubungan itu, tidak hairan jika wanita mudah mengalami ketidakselesaan ketika bersetubuh kerana dia sebenarnya terkena jangkitan yang menyerang mukosa faraj, menyebabkan berlaku radang faraj.

Bagi soalan di atas dan mana-mana wanita yang mengalami simptom sama, ada kemungkinan mereka terkena jangkitan kulat yis.

Ini kerana satu daripada simptomnya ialah pengeluaran cecair putih yang berketul dan kelihatan bintik merah pada permukaan faraj.

Kebetulan pula pengadu lelaki mengalami radang alat sulit kerana jangkitan daripada kulat yang menyerang pasangannya.

Nasihat saya ialah masalah ini mudah diselesaikan dengan rawatan moden, justeru segera berjumpa doktor kerana ia boleh menghalang kesuburan.

Masalah jangkitan pada anggota sulit bukan hanya dapat dielak dengan tidak mengamalkan seks bebas, malah penjagaan kebersihan dengan menggunakan bahan tertentu yang diiktiraf Kementerian Kesihatan penting untuk mengelak jangkitan.

~ Dr Ismail Thamby


Kamasutra Bergambar Melayu, sila klik sini


Pancutkan Isteri Anda. Keterangan lanjut, sila klik sini.
Tag :

Masalah Zakar Bengkok

Saya ingin bertanya mengenai masalah zakar bengkok. Bagaimana kelak apabila seseorang lelaki yang berkahwin dapat melakukan hubungan kelamin dengan si isteri secara normal?

Bagaimana posisi yang disarankan untuk melakukan hubungan kelamin dan apakah masalah itu boleh dirawat?

----------------------

Perkara zakar bengkok sudah banyak kali saya ketengahkan dalam beberapa jawapan sebelum ini, tetapi mungkin anda tidak perasan.

Memang fitrah manusia, lebih-lebih lagi lelaki yang hanya memberi tumpuan dan perhatian mengenai perkara membabitkan dirinya secara langsung.

Tidak mengapa, mungkin ada banyak lagi lelaki dan juga wanita yang tidak tahu mengenai kesan anggota kelamin lelaki yang bengkok kepada hubungan seksual.

Jika diperhatikan kedudukan anggota kelamin lelaki dalam keadaan tidak menegang, memang ia kelihatan kecil dan lembut tetapi apabila dalam keadaan menegang ia mengeras, memanjang ke depan dan sehala dan ada kalanya ia melengkung ke bawah atau atas (ketika lelaki itu kemut kuat) atau ia melengkung ke kiri dan juga ke kanan.

Keadaan melengkung yang melebihi 90 darjah membuatkan zakar yang keras itu tidak sehala dan menyakitkan jika cuba diluruskan. Jika ia tidak ketara dan tindakan meluruskannya tidak menyakitkan, tidak perlu khuatir jika lengkung itu tidak ketara.

Kemungkinan besar keadaan zakar ketika keras, melengkung itu akibat ‘parking’ atau memposisikan kedudukan zakar itu ke bawah atau ke atas ketika memakai seluar dalam yang ketat.

Jadi pakaian dalam juga sedikit sebanyak mempengaruhi kedudukan zakar yang luar biasa itu. Jadi pakaian dalam yang lega dan longgar yang sepadan saiznya.

Jadi zakar bengkok yang ketara membuatkan individu itu sukar melakukan hubungan seksual. Jika lengkungnya dapat diluruskan ketika bersama dan tidak menyakitkan pasangan, seharusnya tidak perlu buat apa-apa.

Namun jika ada parutan dalam otot atau selaput otot zakar, tisu keras itu (penyakit Peyronie) perlu dilembutkan atau dibedah untuk melegakannya supaya ketika ereksi, tisu itu tidak tertarik secara ketara dan bengkok ketara itu jadi lebih sempurna.

Baru-baru ini ada kaedah tanpa pembedahan yang berkesan untuk meluruskan zakar bengkok ketara. Kaedah terbaru ini ialah peralatan penarik otot zakar yang dikenali sebagai ‘penis extender’.

Alat itu mesra pengguna jika ia digunakan mengikut panduan. Namun mustahak untuk individu yang mengalami bengkok zakar berjumpa doktor untuk mengenali cara lebih berkesan untuk menggunakan alat berkenaan.

~ Dr Ismail Thamby


Kamasutra Bergambar Melayu, sila klik sini


Petua Seks Hebat, sila klik sini.


Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Tag :

Kemaluan Isteri Berbau

Saya seorang pemuda yang baru berkahwin tiga bulan. Bagi saya, isteri saya sempurna dan cantik rupa parasnya.

Selepas tiga bulan bersama, saya kurang senang dengan bau kurang enak daripada farajnya. Bau ini sentiasa ada setiap kali kami melakukan hubungan intim.

Masalahnya, saya tidak tahu bagaimana untuk membantu isteri merawat keadaan berbau itu. Saya harap doktor dapat memberikan nasihat.

-----------------

Ini boleh bersifat peribadi lebih-lebih lagi dengan situasi isteri yang baru saja berkahwin, namun ia juga boleh memberi kesan kepada hubungan intim jika dibiarkan berterusan.

Eloklah anda menyuarakan keprihatinan ini kepada isteri dengan kata-kata halus agar isteri tidak berkecil hari kelak. Pengalaman peribadi merawat mendapati sebahagian besarnya disebabkan jangkitan faraj.

Ini perlu dirawat agar tidak menjangkiti bahagian dalam ruang pelvis atau pundi kencing. Sebahagian kecil pula disebabkan keadaan kawasan kemaluan yang tidak dibersihkan kerana ada wanita yang malu atau bimbang jika ia akan melukai kawasan ini, terutama di celah-celah di antara bibir kemaluan besar (labia majora) dan bibir kemaluan kecil (labia minora).

Doktor boleh memberikan panduan secara visual grafik mengenai kawasan kemaluan yang sering tersimpan atau terselit kekotoran dan kawasan yang selamat dibersihkan.

~Dr. Adilah Ahmat


Kamasutra Bergambar Melayu, sila klik sini


Petua Seks Hebat, sila klik sini.


Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Tag :
 
© Kamar Suami Isteri | All Rights Reserved