Masalah Zakar Bengkok

Saya ingin bertanya mengenai masalah zakar bengkok. Bagaimana kelak apabila seseorang lelaki yang berkahwin dapat melakukan hubungan kelamin dengan si isteri secara normal?

Bagaimana posisi yang disarankan untuk melakukan hubungan kelamin dan apakah masalah itu boleh dirawat?

----------------------

Perkara zakar bengkok sudah banyak kali saya ketengahkan dalam beberapa jawapan sebelum ini, tetapi mungkin anda tidak perasan.

Memang fitrah manusia, lebih-lebih lagi lelaki yang hanya memberi tumpuan dan perhatian mengenai perkara membabitkan dirinya secara langsung.

Tidak mengapa, mungkin ada banyak lagi lelaki dan juga wanita yang tidak tahu mengenai kesan anggota kelamin lelaki yang bengkok kepada hubungan seksual.

Jika diperhatikan kedudukan anggota kelamin lelaki dalam keadaan tidak menegang, memang ia kelihatan kecil dan lembut tetapi apabila dalam keadaan menegang ia mengeras, memanjang ke depan dan sehala dan ada kalanya ia melengkung ke bawah atau atas (ketika lelaki itu kemut kuat) atau ia melengkung ke kiri dan juga ke kanan.

Keadaan melengkung yang melebihi 90 darjah membuatkan zakar yang keras itu tidak sehala dan menyakitkan jika cuba diluruskan. Jika ia tidak ketara dan tindakan meluruskannya tidak menyakitkan, tidak perlu khuatir jika lengkung itu tidak ketara.

Kemungkinan besar keadaan zakar ketika keras, melengkung itu akibat ‘parking’ atau memposisikan kedudukan zakar itu ke bawah atau ke atas ketika memakai seluar dalam yang ketat.

Jadi pakaian dalam juga sedikit sebanyak mempengaruhi kedudukan zakar yang luar biasa itu. Jadi pakaian dalam yang lega dan longgar yang sepadan saiznya.

Jadi zakar bengkok yang ketara membuatkan individu itu sukar melakukan hubungan seksual. Jika lengkungnya dapat diluruskan ketika bersama dan tidak menyakitkan pasangan, seharusnya tidak perlu buat apa-apa.

Namun jika ada parutan dalam otot atau selaput otot zakar, tisu keras itu (penyakit Peyronie) perlu dilembutkan atau dibedah untuk melegakannya supaya ketika ereksi, tisu itu tidak tertarik secara ketara dan bengkok ketara itu jadi lebih sempurna.

Baru-baru ini ada kaedah tanpa pembedahan yang berkesan untuk meluruskan zakar bengkok ketara. Kaedah terbaru ini ialah peralatan penarik otot zakar yang dikenali sebagai ‘penis extender’.

Alat itu mesra pengguna jika ia digunakan mengikut panduan. Namun mustahak untuk individu yang mengalami bengkok zakar berjumpa doktor untuk mengenali cara lebih berkesan untuk menggunakan alat berkenaan.

~ Dr Ismail Thamby


Kamasutra Bergambar Melayu, sila klik sini


Petua Seks Hebat, sila klik sini.


Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.



Ranking: 5

{ 0 Komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© Kamar Suami Isteri | All Rights Reserved