Pandangan ORAL SEKS dalam Islam

Pandangan ORAL SEKS dalam Islam

Saya adalah suami yang baru mendirikan rumahtangga. Masalahnya ialah isteri saya sering menolak apabila diajak melakukan oral seks. Apakah hukumnya melakukan oral seks seperti menjilat kemaluan isteri untuk menambahkan kenikmatan kepada isteri? Perlukah saya bertaubat?

Jawapan :
Sebelum saya memperkatakan tentang oral seks, terlebih dahulu elok sekiranya saya menjelaskan kepada saudara tentang ketaatan isteri kepada suami. Islam dengan jelas mewajibkan ketaatan isteri kepada suami selagi suami tidakmenyuruh ke arah kemaksiatan kepada Allah...

Islam juga telah mensyariatkan perkahwinan sebagai wasilah(cara) bagi manusia memenuhi fitrah nafsunya...

Islam memberi kebebasan bagi suami untuk mendatangi isterinya sebagaimana yang dikehendakinya selama mana tidak melampaui batas-batas berikut...

1 . Tidak mendatanginya melalui dubur...
2 . Tidak mendatanginya sewakti isteri dalam haid...
3 . Menyetubuhinya sewaktu isteri suci daripada haid dan belum mandi junub...

Selain daripada tiga perkara diatas maka suami boleh menikmati kesemua bahagian tubuh isterinya temasuk menyentuh dan menjilat kemaluan isterinya. Dari sudut hukum, saudara bolehlah mengamalkan oral seks...

Tetapi di sana, perlu di ingatkan, sesetengah orang meninggalkannya untuk menjaga adab. Sebagaimana Rasulullah tidak pernah melihat faraj isterinya Aishah dan begitu juga Aishah tidak pernah tidak pernah melihat kemaluan Rasulullah dan juga Baginda sewaktu berjimak menutup tubuh dengan kain. Saya berpandangan mungkin isteri saudara malu ataupun tidak tergamak kerana menjaga adab. Kalau saudara ingin juga mengamalkannya mungkin saudara perlu berbincang dari hati kehati dengan isteri saudara kerana kepuasan dalam hubungan kelamin memerlukan persefahaman daripada kedua belah pihak.

Satu perkara lagi yang perlu diambil perhatian bahawa kemaluan lelaki megeluarkan 2 jenis cecair, air mani dan air mazi. Mani lelaki adalah suci dan ini bermakna kalau ia terkena pakaian, pakaian tersebut boleh dipakai untuk sembahyang. Air mani tidak boleh ditelan walaupun ianya suci kerana ia adalah benda-benda yang jijik yang tidak boleh dimakan.

Manakala air mazi pula jika terkena pakaian, ianya tidak boleh dibawa sembahyang kerana mazi adalah najis dan ia juga tidak boleh ditelan Saya menyebut perkara ini kerana seks barat mengamalkan perkara ini (perempuan menelan mani dan mazi lelaki dan begitu juga sebaliknya sebaliknya). Faraj perempuan juga mengeluarkan mazi dan mani dan hukumnya adalah haram untuk ditelan. Kita perlu beristighfar kepada Allah dan mengingatiNya setiap masa sehingga waktu kita berasmara dengan isteri pun kita telah diajar cara untuk mengingatiNya. Rasulullah telah menyebut adab-adab serta zikir untuk mengelak daripada persetubuhan dihadiri oleh syaitan. Disebut didalam hadis juga, jika kita membaca doa sewaktu jimak, zuriat yang bakal lahir akan dijaga oleh Allah dari Syaitan...

Dalam masalah ini saya bahagikan kepada dua keadaan:

1 . Jika saudara menjilat kemaluan isteri (dengan syarat faraj bersih dari sebarang najis), saudara adalah berhak mengikut hukum.Tetapi kalau saudara meninggalkannya kerana menjaga adab ianya adalah lebih baik.

2 . Jauhi daripada menelan cecair sama ada daripada kemaluan suami ataupun isteri kerana ianya adalah benda kotor. Kalau saudara telah melakukannya (menelan mani atau mazi) ianya dimaafkan kerana saudara tidak mengetahui hukum dan setelah diketahui perlulah ianya
ditinggalkan dan melakukannya adalah berdosa...

Dan akhirnya kejahilan tentang hukum bukanlah alasan untuk melakukan perkara haram. Oleh itu, kita dituntut untuk belajar selok belok agama dan juga hukum hakamnya...

Wallahualam....

Sumber: Melayu.com


Kamasutra Bergambar Melayu, sila klik sini


Pancutkan Isteri Anda. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Seni Ciuman. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Pancutkan Suami. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Doa Pengasih
Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.



Ranking: 5

{ 1 Komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© Kamar Suami Isteri | All Rights Reserved