Maklumat Penyakit Kelamin

Maklumat Penyakit Kelamin

“Sudah setahun saya disahkan dijangkiti virus penyakit kelamin. Perkara ini mengejutkan kerana saya tidak pernah mengadakan hubungan dengan mana-mana lelaki kecuali suami. Apabila perkara ini saya ajukan kepadanya, dia tidak mengaku, malah menuduh saya yang berlaku curang.

“Saya tidak tahu sama ada dia yang curang atau dia mendapat jangkitan itu sebelum berkahwin. Yang mengecewakan ialah, dia tidak mahu menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan. Jadi rawatan yang saya terima tidak bermakna kerana tetap mendapat jangkitan daripadanya. Adakah saya boleh menuntut cerai? Adakah saya berdosa meruntuhkan rumah tangga? Adakah saya akan menjangkiti pasangan jika berkahwin lain kelak?”

Ini antara konflik yang sering timbul apabila membabitkan penyakit kelamin atau STD. Bagi kebanyakan orang, terutama wanita, STD adalah penyakit yang memalukan kerana ia boleh menimbulkan tanggapan buruk masyarakat terhadap mereka jika perkara itu diketahui. Isu kedua ialah siapa membawa penyakit dan perkara ini biasanya menyebabkan pertelingkahan suami isteri.

Ramai orang menganggap penyakit kelamin hanya berjangkit melalui hubungan seks dengan individu yang membawa virus atau bakteria STD. Namun, hakikatnya virus atau bakteria STD menjangkiti melalui cecair badan.

Malah, sentuhan dengan kutil dan kudis pada kemaluan atau dubur serta berkongsi jarum suntikan (termasuk suntikan insulin) boleh memindahkan penyakit ini.

Di Barat seperti Amerika Syarikat, penyakit kelamin paling banyak dicatat di kalangan remaja berumur 15 hingga 19 tahun kerana ketika ini mereka aktif bertukar-tukar pasangan.

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sosial Amerika, satu daripada empat remaja di negara itu dijangkiti STD setiap tahun dan hampir 50 peratus golongan muda yang aktif seks mendapat penyakit ini menjelang umur 25 tahun.

Meskipun tiada kajian di Malaysia, tetapi dengan kecenderungan ditunjukkan golongan muda, khususnya pelajar terhadap seks luar nikah sejak akhir-akhir ini, tidak mustahil perkara itu juga boleh berlaku di negara kita.

Menurut Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Cheras, Dr Ho Choon Moy, berbanding lelaki penyakit ini lebih kerap berlaku pada perempuan kerana keadaan persekitaran faraj, rahim dan pangkal rahim yang lembap dan hangat menggalakkan pembiakan virus serta bakteria.

Ada sembilan jenis penyakit STD paling lazim iaitu chlamydia, gonorea, trichomonas (tricomoniasis), siflis, herpes, human papilloma virus (HPV), penyakit keradangan pelvik (PID), hepatitis B dan C serta HIV/Aids. Bagaimanapun, hanya empat daripadanya iaitu chlamydia, gonorea, trimononas dan siflis, boleh disembuhkan. Selebihnya boleh dirawat, tetapi virus akan kekal dalam badan sepanjang hayat.

“Setiap jenis STD berbeza mengikut puncanya, sama ada disebabkan jangkitan virus atau bakteria. Ia sangat mudah merebak dan kita tidak tahu siapa yang dijangkiti kerana ada jenis STD yang tiada gejala. Ramai orang tidak sedar sudah dijangkiti dan memindahkan virus atau bakteria kepada pasangan.

“Mungkin ramai tidak sedar penyakit ini boleh diperoleh pada kali pertama anda mengadakan hubungan seks jika pasangan dijangkiti. Setiap kali mengadakan hubungan seks, anda berisiko mendapat penyakit ini.

“Lebih buruk jika individu itu kerap bertukar-tukar pasangan kerana dia akan ‘menghadiahkan’ penyakit kepada semua pasangannya setiap kali mereka mengadakan hubungan seks. Ini sebabnya kita perlu mengelak melakukan hubungan seks luar nikah dan setia pada pasangan,” katanya.

Tanda dan gejala STD

Sesetengah jenis STD tiada gejala. Jika ada, antara gejala umum yang mungkin dialami pesakit ialah:

> Pengeluaran cecair dari kemaluan yang keterlaluan (lelehan faraj mempunyai bau)

> Kemaluan terasa gatal dan sakit

> Kelenjar pada celah kangkang bengkak

> Ruam pada kemaluan

> Ulser pada kemaluan

> Sakit perut (pada keadaan teruk)

> Kutil atau ketuat pada kemaluan, dubur atau mulut (bagi yang melakukan seks oral)

> Kemaluan bengkak

> Pendarahan faraj di luar waktu haid

> Sakit apabila mengadakan hubungan seks

> Sakit ketika buang air kecil

Jenis STD

> Chlamydia — Disebabkan bakteria Chlamydia trachomatis. Ini adalah penyakit kelamin paling lazim di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, lebih 75 peratus jangkitan pada wanita dan 50 peratus pada lelaki tiada gejala. Jika ada gejala, ia boleh dikesan dengan mudah dalam masa satu hingga tiga minggu selepas seseorang dijangkiti.

Pada wanita, ia menyebabkan lelehan faraj yang tidak normal dan berbau, senggugut, sakit perut dan demam, sakit ketika mengadakan hubungan seks atau buang air kecil serta faraj terasa sakit dan perit. Manakala lelaki pula boleh mengalami sedikit lelehan zakar, zakar terasa sakit dan perit.

> Gonorea — Disebabkan bakteria Neisseria gonorrhea; bakteria yang boleh hidup dan membiak dengan cepat dalam persekitaran lembap dan hangat berhampiran kemaluan seperti bahagian peranakan iaitu pangkal rahim, rahim, tiub fallopian (pada wanita) dan salur kencing (pada wanita dan lelaki). Bakteria ini juga boleh hidup di mulut, tekak dan dubur.

Ini jenis STD kedua lazim di dunia dan di Amerika Syarikat dianggarkan 700,000 orang dijangkiti gonorea setiap tahun dan 70 peratus daripadanya membabitkan golongan muda berumur 15 hingga 29 tahun. Namun jangkitan paling tinggi ialah pada umur 15 hingga 19 tahun pada perempuan dan 20 hingga 24 tahun pada lelaki.

Bukan semua orang yang dijangkiti gonorea akan alami gejala. Jika ada gejala, ia muncul selepas dua hingga 10 hari dijangkiti. Pada wanita, antara gejalanya ialah lelehan faraj berwarna kekuningan, pendarahan antara waktu haid, sakit ketika buang air kecil dan bibir faraj bengkak. Pada lelaki: lelehan putih atau kekuningan daripada zakar, sakit ketika buang air kecil, zakar sakit dan bengkak yang biasanya muncul selepas dua hingga 14 hari jangkitan.

> Tricomonas — Disebabkan parasit Trichomonas vaginalis. Jangkitan ini biasanya tidak menyebabkan gejala pada lelaki dan hilang dalam masa beberapa minggu. Bagaimanapun pada wanita, ia menyebabkan faraj gatal dan bengkak, ada lelehan berwarna kekuningan dan berbau serta tidak selesa ketika mengadakan hubungan seks.

> Siflis — Akibat jangkitan bakteria Treponema pallidum. Pada peringkat awal, siflis menyebabkan ulser tidak sakit yang mengandungi bakteria pada kemaluan atau dubur. Jika tidak dirawat, bakteria siflis merebak dan mengakibatkan ruam di seluruh badan serta demam (peringkat kedua). Pada peringkat ketiga, bakteria siflis boleh merosakkan organ dalaman, termasuk otak dan saraf tunjang. Bagaimanapun, untuk sampai ke peringkat ketiga mungkin mengambil masa lama sehingga 10 tahun selepas dijangkiti.

> Herpes — Jangkitan virus Herpes simplex (HSV). Biasanya virus disebarkan dengan cara hubungan seks, tetapi ia juga boleh merebak melalui sentuhan pada luka atau lepuh jangkitan. Malah, virus juga boleh dipindahkan walaupun seseorang itu tidak mengalami gejala.

Hampir 80 peratus individu yang dijangkiti virus herpes tidak sedar mengenainya. Apabila dijangkiti, seseorang individu mengalami gejala seperti demam, sakit kepala, sakit sendi dan otot serta gatal pada kemaluan. Bahagian kemaluan menjadi merah dan melepuh. Lepuh ini boleh pecah dan kering secara perlahan-lahan.

Gejala herpes boleh berulang dari semasa ke semasa kerana sekali seseorang itu mendapat jangkitan, virus kekal di dalam badannya sepanjang hayat. Kebanyakan masa virus ini tidak aktif, tetapi ia boleh menjadi aktif dan menyebabkan penyakit. Bagaimanapun, kesan jangkitan berbeza antara setiap orang, ada yang hanya alami sekali serangan.

Serangan boleh berulang jika seseorang dalam keadaan tertekan, lemah, sakit, kurang tidur, luka akibat aktiviti seksual dan haid pada wanita.

> Virus Human Papilloma (HPV) — Ini adalah virus yang menyebabkan kanser pangkal rahim pada wanita dan pada lelaki ia boleh menyebabkan kutil atau ketuat di kawasan kemaluan serta dubur.

> Penyakit keradangan pelvik (PID) — PID adalah jangkitan pada bahagian peranakan wanita. Ia dikategorikan sebagai antara komplikasi penyakit kelamin yang serius pada wanita. PID boleh menyebabkan kerosakan kekal pada rahim, ovari, tiub fallopian atau bahagian lain dalam sistem peranakan. Malah ia antara punca kemandulan yang boleh dicegah.

Dianggarkan lebih sejuta wanita di Amerika mendapat jangkitan ini yang mengakibatkan lebih 100,000 menjadi mandul setiap tahun. Malah 100,000 kes kehamilan luar rahim juga dikatakan ada kaitan dengan penyakit ini. Ia boleh disebabkan jangkitan bakteria gonorea atau chlamydia jika tidak dirawat awal. Di luar negara, kes paling tinggi dicatatkan remaja.

Gejala PID berbeza-beza tetapi secara umumnya pesakit mengalami sakit pada bahagian bawah perut, lelehan faraj tidak normal (kuning atau kehijauan dan berbau), haid tidak teratur, sakit ketika buang air kecil, kerap senggugut, demam, mual dan muntah serta sakit apabila mengadakan hubungan seks. Wanita yang mengalami jangkitan gonorea dan chlamydia lebih berisiko mendapat PID.

> Hepatitis B dan C — Dua jenis hepatitis ini (disebabkan virus hepatitis B dan C) tersebar melalui cecair badan termasuk hubungan seks; berkongsi jarum suntikan, berus gigi, pencukur; atau melahirkan anak (bayi menerima virus daripada ibu). Kedua-duanya boleh menyebabkan kerosakan hati yang teruk jika tidak dirawat.

> HIV/Aids — Ini antara penyakit kelamin paling lazim di kalangan penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan. Sama seperti penyakit kelamin akibat jangkitan virus, tiada ubat untuk menyembuhkan HIV/Aids. Rawatan yang ada hanya untuk menghentikan pembiakan virus dan mengawal penyakit. Secara umumnya, HIV/Aids lebih digeruni walaupun penyakit kelamin lain juga boleh menyebabkan komplikasi pada kesihatan.

Perkara yang meningkatkan risiko STD:

> Memulakan aktiviti seks pada usia muda. Lebih cepat anda memulakan aktiviti seks, lebih tinggi peluang untuk dijangkiti.

> Mempunyai ramai pasangan atau kerap bertukar-tukar pasangan. Anda perlu ingat, pasangan anda juga ada banyak sejarah atau pengalaman seksnya. Jadi dia juga berisiko mendapat jangkitan daripada pasangan terdahulu.

> Menjalin hubungan seks tanpa perlindungan. Kaedah baik ialah menggunakan kondom. Kaedah pencegahan kehamilan lain seperti diafragma atau spermisid (krim atau jeli untuk mematikan sperma) tidak dapat melindungi anda daripada jangkitan penyakit kelamin.

Rawatan dan pencegahan

Dr Ho berkata, tanggapan sinis dan negatif terhadap individu yang menghidap penyakit kelamin perlu dikikis kerana ramai wanita mendapat jangkitan daripada pasangan. Pandangan negatif ini menyebabkan ramai pesakit wanita menderita dalam diam kerana malu dan tidak mahu masalah mereka diketahui.

Penyakit kelamin bukan sekadar mengancam kesihatan, tetapi ia boleh menyebabkan kerosakan kekal seperti kemandulan (pada wanita dan lelaki) serta membawa maut (dalam kes HIV/Aids).

Ada orang percaya mereka tidak akan dijangkiti penyakit kelamin jika melakukan seks secara oral atau anal (dubur). Tanggapan ini tidak benar kerana tidak kira bagaimana anda melakukannya, virus atau bakteria boleh berpindah jika anda mengadakan hubungan seks tanpa perlindungan bersama pasangan yang dijangkiti.

“Jika ada gejala, kebanyakannya muncul dalam masa satu hingga tiga minggu selepas jangkitan. Bagi yang mengesyaki mereka dijangkiti, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan, terutama jika anda hamil, untuk mengelak bayi anda dijangkiti atau komplikasi pada kandungan.

“Ujian untuk penyakit sangat mudah iaitu melalui kultur calitan faraj atau lumuran pap. Rawatan penyakit kelamin juga mudah iaitu sama ada menggunakan krim sapu, ubat makan atau suntikan. Jika jangkitan disebabkan bakteria, doktor akan memberi anda antibiotik untuk diambil selama satu hingga dua minggu. Jika suntikan antibiotik, anda mungkin memerlukan satu atau dua dos. Antibiotik sudah cukup untuk membunuh bakteria dan menyembuhkan penyakit.

“Bagaimanapun, jika ia jangkitan virus, ubat hanya boleh mengawal penyakit dan menghilangkan gejala. Virus ini kekal di dalam badan sepanjang hayat. Sehingga kini tiada ubat dapat membunuh dan menyingkir virus penyakit kelamin dari badan. Jadi, walaupun anda mengambil ubat, ujian darah tetap menunjukkan keputusan positif (ada virus),” katanya.

Menurut Dr Ho, apabila disahkan anda mendapat jangkitan, beberapa perkara perlu diambil perhatian iaitu minta pasangan anda menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan serta memberitahu pasangan terdahulu mengenai penyakit ini. Walaupun sukar dilakukan, ia penting untuk menyedarkan pasangan terdahulu bahawa mereka mungkin dijangkiti dan dapat mengelak menjangkiti orang lain.

Pada masa sama, sepanjang tempoh rawatan, anda perlu menghentikan sementara daripada melakukan hubungan seks hinggalah rawatan tamat dan disahkan doktor bahawa anda bebas daripada penyakit.

STD adalah penyakit yang boleh dan mudah dicegah iaitu dengan menggunakan perlindungan (kondom), mengamalkan kehidupan seks yang sihat dan setia pada pasangan. Bagi individu berisiko tinggi, jalani pemeriksaan dari semasa ke semasa bersama pasangan masing-masing.

Jenis STD

> Chlamydia — Disebabkan bakteria Chlamydia trachomatis.

> Gonorea — Disebabkan bakteria Neisseria gonorrhea

> Tricomonas — Disebabkan parasit Trichomonas vaginalis

> Siflis — Akibat jangkitan bakteria Treponema pallidum.

> Herpes — Jangkitan virus Herpes simplex (HSV).

> Virus Human Papilloma (HPV)

> Penyakit keradangan pelvik (PID).

> Hepatitis B dan C — Dua jenis hepatitis ini (disebabkan virus hepatitis B dan C).

> HIV/Aids

Tanda, gejala STD

> Pengeluaran cecair dari kemaluan yang keterlaluan (lelehan faraj mempunyai bau)

> Kemaluan terasa gatal dan sakit

> Kelenjar pada celah kangkang bengkak

> Ruam pada kemaluan

> Ulser pada kemaluan

> Sakit perut (pada keadaan teruk)

> Kutil atau ketuat pada kemaluan, dubur atau mulut (bagi yang melakukan seks oral)

> Kemaluan bengkak

> Pendarahan faraj di luar waktu haid

> Sakit apabila mengadakan hubungan seks

> Sakit ketika buang air kecil

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN


Kamasutra Bergambar Melayu, sila klik sini


Petua Seks Hebat, sila klik sini.


Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.



Ranking: 5

{ 1 Komen... read them below or add one }

Tanpa Nama berkata...

I think this is one of the most vital info for me. And i am glad reading your article.
But wanna remark on few general things, The web site style
is ideal, the articles is really great : D. Good job, cheers

Also visit my website - Orange County catering


5/16/2013 5:57 PTG

Catat Ulasan

 
© Kamar Suami Isteri | All Rights Reserved