Masalah Cepat Klimaks Bagi Lelaki

Cepat klimaks menjadi dilema kebanyakan lelaki yang baru mulakan hubungan keintiman seksual. Mereka boleh mencapai ereksi dan mudah melakukan seks penetratif, tetapi kurang daya kawalan rangsangan dan selalu klimaks apabila perasaan ghairah tercetus, tidak dapat mengawal atau meredakan perasaan hendak klimaks.

Sebilangan lelaki dapat mengawal ejakulasi selepas dapat mengenali rentak gerakan dan keghairahan. Ada juga yang dapat mengekalkan ereksi walaupun selepas mencapai ejakulasi.

Mereka yang gagal mengatasi masalah cepat klimaks akan terus dihantui dilema itu dan cuba sedaya upaya menanganinya dengan apa cara, termasuk yang berisiko tinggi dan boleh memudaratkan kesihatan mereka serta pasangan.

Teknik bersetubuh yang dapat melambatkan ejakulasi ialah apabila lelaki memasukkan ereksi sampai habis serta melakukan tarikan dan tolakan pendek iaitu kemasukan ereksi secara tusukan.


Cara tusukan memberi tekanan kepada penghujung ereksi dan ini mempercepatkan klimaks. Cara tarik dan sorong pendek memberi tekanan kepada pangkal zakar yang tidak sensitif seterusnya dapat mengawal ejakulasi cepat.

Ketika melakukan gerakan pendek dalam dan luar, ia perlu dilakukan dengan anggota sulit dalam keadaan otot lubang kencing dan lubang najis mengemut.

Maksudnya, melakukan gerakan ereksi dalam keadaan kemut, yang mana ini dapat memberi kekuatan kepada ereksi.

Cara lain yang dapat membantu memastikan ejakulasi terkawal adalah menggesel bahagian ereksi yang kurang sensitif, iaitu bahagian pangkal zakar ke langit faraj (langit faraj wanita membabitkan G-Spot yang boleh mencetuskan klimaks jika bahagian itu terangsang).

Kawal gerakan supaya tidak keluar daripada kawalan klimaks dan jika hendakkan klimaks, percepatkan hayunan sambil klimaks dan teruskan hayunan dengan kemutan. Hasilnya kedua-dua merasai nikmat hubungan seksual secara maksimum!

Kaedah itu dikenali sebagai ‘coital alignment’ atau hubungan bersepadu! Bukan senang mengamalkannya kerana kadangkala gagal juga! Bagaimanapun, lama-kelamaan anda menjadi biasa dan lebih cekap.

Jika mahu menggunakan ubat tambahan, saya syorkan anda rujuk doktor keluarga untuk mendapat pandangan dan nasihat atau membeli ubat untuk kesihatan di farmasi daripada ahli farmasi.

Jangan percaya pengedar jualan langsung yang menjual ubat kuat, selain memastikan ubat itu mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KK).

Anda juga perlu berhati-hati dengan ubat kuat yang mendapat kelulusan KK tetapi mengandungi ubat larangan. Sebilangan besar syarikat penjualan ubat kuat memasukkan ubat larangan selepas mendapat pendaftaran KK.

Jika anda terasa luar biasa selepas mencuba ubat kuat atau mendapat ereksi tanpa dirangsang, berkemungkinan ada ubat larangan dalam ramuan herba itu.

Berwaspada, setakat ini tiada ubat atau krim atau apa-apa bahan makan dapat membesarkan zakar.

Oleh Dr Ismail Thamby



Ranking: 5

{ 0 Komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© Kamar Suami Isteri | All Rights Reserved