Hubungan Intim Ketika Hamil

Saya difahamkan, kita dibenar mengadakan hubungan kelamin ketika isteri mengandung. Malah, ini dikatakan dapat membantu memudahkan isteri ketika bersalin.

Sehubungan itu, saya ingin tahu pada usia kandungan berapa bulan hubungan kelamin ini perlu dihentikan?

BELIA SP
Sungai Petani, Kedah

-----------------

Jawapan

Anda benar. Tiada sebab kenapa tidak boleh berintiman dalam keadaan isteri hamil.

Malah, hubungan keintiman seksual yang anda berdua lakukan dapat mengeratkan lagi silaturahim, kecuali jika isteri mengalami masalah kesihatan seperti pendarahan selepas bersetubuh yang mungkin petanda kandungannya tidak stabil.

Apabila pendarahan berlaku, anda perlu hentikan aktiviti seksual dan bawa isteri berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan.

Jika keadaan kandungannya sempurna, hubungan keintiman seksual boleh disambung semula tanpa was-was.

Malah, seks boleh terus dilakukan dan hanya berhenti apabila isteri rasa meresahkan hendak melahirkan kandungan.

Ada juga kes wanita melahirkan anak sejurus selesai mencapai klimaks. Bagaimanapun, kejadian ini jarang berlaku.

Mungkin hubungan seksual boleh dihentikan apabila isteri rasa kurang selesa dan dia mahu aktiviti itu dihentikan.

~ Metro



Ranking: 5

{ 0 Komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© Kamar Suami Isteri | All Rights Reserved