Menggunakan laman sosial sejak lima tahun lalu untuk mencari pasangan, mak nyah ini mendakwa lebih 30 kali bertukar-tukar pasangan dengan lelaki gay dan biseksual.
Menurut Sal, 27, ada antara pasangannya remaja seawal usia 18 tahun hingga suami orang berusia setengah abad.
Katanya, dia tidak sukar mendapatkan pasangan kerana dengan meletakkan gambarnya dalam keadaan ghairah, ramai lelaki menghantar e-mel nakal selain menelefonnya.
Berikut perbualan wartawan dengan Sal yang berinteraksi menerusi laman sosial berkenaan.
Wartawan (W): Hi, sudi berkenalan tak?
Sal (S): Hi. Tak kisah itupun kalau you sudi. Tapi, I ni pondan, bukan perempuan.
W: Tak apa. Kalau tidak, takkan I mesej you. Tapi you tak kisah ke, I ni dah berumur.
S: Bukan ke dekat gambar tu you muda?
W: Itu gambar masa muda. Saja letak, tak apa kan?
S: Tak apa. Sal suka sesiapa saja yang nak layan Sal.
W: Tapi umur I dah lebih 40 tahun. Takut you tak sudi pula.
S: Sebelum ni pun ramai yang Sal jumpa dah berumur. Dari umur 18 sampai 50 tahun. Yang sudah berkahwin pun ada. Masih berhubung sampai sekarang.
W: Okey kalau macam tu. Tapi kalau masih berhubung dengan orang lain, I macam mana pula.
S: Dia orang tu ada masa-masa tertentu je. Bukan selalu jumpa. Ada yang di negeri lain. Kalau Sal 'travel', kadangkala barulah berjumpa.
W: Sal duduk area KL kan? Dekat saja, boleh kita jumpa nanti. Kalau boleh, malam ni juga.
S: Malam ni tak boleh, dah lewat sangat. Tapi esok mungkin boleh. Ambil nombor telefon Sal. Nanti esok call dulu. Kalau tak angkat, mesej Sal ye.
W: Okey, tapi Sal kerja apa? Esok petang boleh jumpa tak?
S: Siang tak boleh, Sal ade kerja. Jumpa sebelah malam saja. Tempat nanti Sal beritahu.
W: Okeylah. Tapi I nak tanya sikit ni, Sal dah operate (jalani pembedahan jantina) ke?
S: Tak operate. Cuma ambil suntikan dan pil hormon. Kenapa, tak suka ke yang belum operate?
W: Bukan tak suka, cuma nak tahu saja. Kalau operate orang kata lagi lawa.
S: Esok kita jumpa abang tengok Sal dulu macam mana. Sal bukan pondan biasa. Setakat ni dah lebih 30 orang Sal layan. Tapi nak tahu dan lihat kena jumpa. Abang call Sal dulu okey.
W: Okey.
Info Menarik
Seni Melambatkan Pancutan!
Petua Seks Hebat! Hangatkan ranjang anda!
Isteri Dingin Seks? Rahsia mengghairahkan isteri!
Pelajari Teknik Rahsia Pancutkan Isteri!!
Seni dan Teknik Ciuman Hangat!
Rahsia Kecurangan Pasangan Terbongkar!
Rahsia Malam Pertama
Rahsia Doa Pengasih
Kamasutra Melayu Bergambar









